KUALA TERENGGANU, 28 Oktober - Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) membelanjakan hampir RM2.2 juta untuk mambantu usahawan di Negeri Terengganu untuk membuka T'kafe dan restoran makanan laut. Ketua Pegawai Eksekutif YPU Azmi Razik berkata setakat ini seramai 15 pengusaha mendapat pinjaman daripada YPU untuk membuka perniagaan masing-masing, katanya kepada Bernama pada Khamis.
Menurut Azmi setiap pengusaha itu menerima pinjaman sebanyak RM150,000 seorang.
"Pinjaman itu akan ditambah dari semasa ke semasa kepada mereka yang benar-benar komited dalam bidang perniagaan," katanya.
Dalam perkembangan lain, YPU akan menjadikan Pengkalan Keropok Losong, di Kampung Losong, di sini sebagai hub makanan tradisional dan popular di Terengganu.
Untuk itu Azmi berkata YPU akan membuka sebuah restoran untuk menjual makanan tradisional Terengganu dan makan laut di situ pada 1 Nov ini.
Azmi berkata tindakan YPU itu juga bertujuan untuk membantu sektor pelancongan di tebing Sungai Terengganu apabila kerajaan negeri mengadakan perkhidmatan bot pelancong antara Seberang Takir dan Taman Tamadun Islam (TTI).
Pelancong yang menyusuri Sungai Terengganu akan dapat menikmati makanan di restoran tersebut sambil menikmati keindahan Sungai Terengganu, katanya.
Azmi berkata YPU juga merancang membuka restoran yang serupa di Kampung Gong Kemuntong, Besut awal tahun depan.
Sumber: YPU
BERITA TERKINI
T'shoppe Durian Burung, Kedai serbanika 24jam anda
T'shoppe DB
Menjemput anda semua untuk bersama-sama menyaksikan..
BERSEDIA?
Majlis Pelancaran Rasmi T'shoppe Durian Burung, K. Terengganu
DIRASMIKAN OLEH
Y.Bhg. Dato' Wan Ahmad Farid Bin Dato' Wan Salleh
KETUA UMNO
Bahagian Kuala Terengganu. pada hari AHAD 21.11.2010
Wednesday, November 10, 2010
YPU Peruntuk RM2 Juta Bantu Peniaga Buka T'kafe Dan Restoran
To You By | T'shoppe | Durian Burung |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment